30 August 2014

Nak Jadi Lecturer? Seriously?

Hahaha baca tajuk macam, WEYHHH SERIOUSLYYYY???

Kita hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan. Dari dulu lagi aku tau jadi seorang pendidik (cikgu, pensyarah) adalah satu pekerjaan yang mulia selain daripada nurse. Aku memang dah ada 'darah cikgu' dalam badan since mak aku, makcik aku, cousin aku, dan kebanyakan saudara mara aku adalah seorang pendidik.

Sejak dari kecik lagi aku refuse untuk ikut jejak langkah mak aku. Jadi cikgu? Come on. Tak pernah terlintas dalam kepala otak aku nak mengajar orang. Aku dah lah panas baran, tak suka cakap benda yang sama banyak kali, tak reti mengajar orang, tiba-tiba suruh jadi cikgu? Kirim salam.

Even mak aku banyak kali pujuk sambil cucuk aku, "Jadi cikgu senang, sekolah cuti cikgu pun cuti. Kerja half day. Gaji besar. Tak payah tension-tension. Kalau taknak jadi cikgu, jadi lecturer. Gaji pun tinggi." Amboi, senang betul Puan Ros Yatimah cakap. Dia kaunselor sekolah merangkap kaunselor anaknya sendiri. LUL

Masa zaman sekolah rendah dulu cita-cita aku kononnya nak bagus je. Nak jadi ENGINEER. Padahal masa tu tak tau engineer tu apa. Tengok kamus, engineer tu jurutera. Masih tak faham. Tapi nak jugak jadi engineer sebab abah cakap gaji besar. So bila budak sekolah rendah dengar pasal gaji besar OK KITA SET ENGINEER JADI CITA-CITA KITA YEAYY!

So cita-cita nak jadi engineer tu aku bawak sampai ke sekolah menengah, sampai aku masuk Sekolah Teknik Kuala selangor untuk jurusan civil engineering. Haaa nak jadi engineer sangat kan? Hamek ko! Hamek ko!

Menyesal. 100% menyesal sebab belajar main-main. Masa prep boleh bantai tidur, dalam kelas bantai tidur, weh serius lah aku memang kuat tidur tau masa duduk asrama dulu. Maybe sebab tak cukup rehat sebab kena basuh baju sendiri haha takde kaitan.

Masa tu lah aku sedar, yang cita-cita aku selama ni hanya pada nama, bukan pada keinginan. Result SPM aku tak lepas pun nak apply engineering dekat mana-mana IPTA. Kalau nak apply poli, IPTS lepas lah. So masa apply UPU aku buang jejauh nak jadi engineer tu aku tukar bidang pulak. BUSINESS.

Tup tup dapat. Tak sangka IPTA bagi peluang untuk orang picisan macam aku ni belajar dekat universiti. Habis diploma habis degree total 5 tahun lebih juga aku dalam bidang business. Cuma bezanya aku graduated Diploma in Business Study (Transport) & BBA (Hons) Insurance. 2 kos berbeza tapi dalam bidang yang sama iaitu, perniagaan.

Kenapa aku rasa aku dah lari tajuk?

Okaylah kita berbalik pada tajuk asal kita. Sejak kebelakangan ni aku asyik termenung fikir, apa cita-cita aku sebenarnya? Aku dah hampir 6 tahun dalam bidang business, dah buang jauh-jauh engineering aku tu. Sekarang apa yang tinggal? Takkan aku tak ada cita-cita langsung? Bila cakap pasal insurance, bukan aku tak minat. Cuma, tak ada kerja insurance dalam government. Semuanya swasta. 

Aku pernah intern dekat sebuah company ni. Budaya diorang, lifestyle diorang, buat aku takut. Bukan takut culture shock woi, tapi takut terabaikan family. Pergi kerja sebelum matahari naik, balik kerja matahari dah tak ada. Bukan nak kata orang kerja insurance ni teruk. Depends pada company jugak. Jangan terkejut even company tu gah di mata Malaysia, tapi sistem diorang semuanya manual tau. Terpaksa lah kerah tenaga pekerja even executive pun buat kerja kuli.

Aku pernah try SPA. Tapi kau faham sendiri lah budak insurance apply SPA, jawatan apa je yang dia boleh apply? Aku tengok position dia sumpah pening. Last-last aku pilih pegawai pendaftaran. Itu pun aku main sebat je tak faham apa. Tapi aku tak ada lah berharap sangat. Cuma cuba-cuba nasib je. (sedih jugak sampai sekarang tak ada call panggil interview LOL nangis bawah shower)

Senang cerita perasaan tiba-tiba nak jadi lecturer tu selepas aku face-to-face dengan lecturer aku masa nak mintak dia completekan 'referee report' untuk jadi referee aku (MBA). Aku buat dialog aku dengan dia,

Madam A: So after you habis master you nak kerja apa?

Me: Kalau boleh saya nak apply gov madam. Senang. Tapi tengok keadaan.

Madam A: Why not you apply lecturer? 3-5 tahun akan datang ramai lecturer nak bersara tau. Takut nanti kekurangan lecturer. Lagi-lagi lecturer Insurance.

Me: Errr...

Macam tak masuk akal kan disebabkan 4 dialog tu je aku terus nak jadi lecturer. HAHAHA TAPI ITULAH KEBENARANNYA! MADAM A TELAH MEMBUKA HATIKU! *tabur bunga mawar depan rumah Madam A*

Ini bukan terpaksa. Tapi hati aku ikhlas nak tolong bumiputera. Aku harap doa aku dan sesiapa yang sentiasa di samping aku termakbul. Kalau aku dapat offer master, dapat lah aku jadi lecturer. Kalau tak dapat offer, maknanya aku kena cuba sampai dapat lah.

Lagipun, apa yang aku buat semua ni untuk mak aku. Dari dulu lagi dia nak aku jadi lecturer. Baik lah ibu..

Cuma aku mintak Dia berikan yang terbaik untuk aku. Aku dah plan sehabis baik dan Dia sahaja yang akan menentukan.

Sekian :)



No comments: