07 September 2014

:(

Sedih. Itulah hakikatnya bila ketiadaan orang yang betul-betul kita perlukan di saat kita benar-benar memerlukan. Dalam keadaan aku buntu, kusut, stress, tertekan, orang yang aku harapkan tiada di sisi. Bukan sekali dua aku rasa perkara ni. Tapi banyak kali.

Orang kata, kalau kita nak tengok dia tu layak tak jadi sahabat sejati/pasangan sehidup semati, tengok tindakan dia apabila kita menghadapi susah. Adakah dia berada di sisi kita atau sebaliknya.

Perempuan memang diciptakan Tuhan 1001 emosi. Marah, happy, sedih, menangis dan macam-macam emosi boleh berubah dalam sekelip mata pada seorang perempuan. Tapi orang yang betul-betul perempuan perlukan untuk menenangkan dia semasa sedih ialah orang yang paling dia rapat dan orang yang paling dia sayang.

Tapi kalau orang yang dia sayang atau orang yang betul-betul dia perlukan pada masa itu tiada di sisi macam mana ye? Aku perempuan biasa, bagi aku tiada keistimewaan pun. Tapi aku juga ada perasaan. Perasaan di mana aku perlukan kau untuk berada di sisi aku bila aku dalam keresahan, tak menentu.

Aku sentiasa ada untuk kau walau kita jarang bersua muka. Kau susah hati, aku ada. Kau suka hati, aku ada. Tapi kau?

Aku cuma perlukan seseorang untuk aku bercerita, untuk aku meluahkan segala rasa. Tapi siapa orang tu aku pun tak tau. Kawan-kawan lain semua sibuk dengan hal masing-masing dan orang yang aku harapkan ialah kau.

Aku selalu berusaha untuk fahami kau. Tapi tolong fahami aku juga. Sebab aku bukan lahir dalam dunia ni untuk faham kau seorang. 


No comments: