28 January 2015

Semester 2 MBA UiTM Shah Alam

Sekejap betul masa berlalu. Diam tak diam aku dah nak masuk second semester untuk MBA program di UiTM Shah Alam. Gila kau tahun 2015 ni genap 19 tahun aku bergelar student. Mana tak nya aku start pergi tadika umur 5 tahun (1996) until sekarang aku masih seorang student dan masih cekal dan tabah mengadap buku. CONGRATS!

SIAPA KATA BELAJAR SENANG?
Dulu nak belajar ABC pun susah kau tau? Sekarang bila umur dah makin meningkat ilmu nak masuk pun susah sikit lah sebab otak kau dah mula lembab nak terima ilmu. Huuu *tu lah orang semua kerja kau sebok sangat nak sambung belajar kan*

Aku harap aku dapat habiskan master aku on time. Itu harapan aku.

Beri Aku Masa

Manusia nak berubah bukan senang. Orang kekadang tak faham kau. Senang je suruh kau berubah jadi itu jadi ini diorang tak fikir ke bukan mudah kita nak ubah diri kita jadi baik? Aku tak kata aku ni jahat minum arak pergi clubbing. Tapi nak berubah ke arah kebaikan memang perlu masa. Ye betul takkan nak tunggu hidayah jatuh dari langit. Takkan nak tunggu dah nak mati baru nak bertaubat, tapi biar berubah secara perlahan yang penting istiqamah. Kalau kita zaasss berubah sekelip mata macam magician tukar guli jadi burung kau rasa perubahan kau tu akan kekal lama tak? Fikir sendiri.

Aku ni bukanlah jahil mana. Cuma bab solat dan aurat tu paling susah nak jaga. Bukan aku taknak berubah. Setiap masa aku fikir. Setiap masa saat aku dok bayang nak jadi muslimah. Tapi tak sampai-sampai. Aku terfikir jugak macam mana lah agaknya kalau aku mati sebelum aku sempat bertaubat.

Bukan aku tak pernah diajar solat. Bukan aku tak pernah belajar pakai tudung. Tapi kenapa masih degil dan keras hati sampai nak sujud dekat Tuhan sendiri pun susah.

Aku sedih. Sedih yang teramat sangat. Ye aku sedar aku bukanlah macam anak orang lain yang solehah, baik budi pekerti, ayu, pakai tudung labuh tapi tak bermakna orang boleh tegur maki aku sesuka hati. Paling sedih sekali aku kena maki depan makanan. Memula aku cakap bebaik, ''nantilah, nak makan dulu". Maknanya aku nak makan dulu then sambunglah nak bagi tazkirah ke nak tegur ke. Tak dipedulikan jugak. Weyh bertakung air mata aku. Bukan apa, orang kata tak elok marah depan rezeki. At the first place kau dah memaki aku depan rezeki then kau expect aku boleh respect kau ke?

Lain orang lain cara dia guna untuk berubah. Aku tak boleh dipaksa, sebab aku jenis suka buat sendiri tanpa orang suruh. Cuma bila nak buat sendiri tu memang amek masa lah. Tapi bila aku dipaksa, siap pakej maki bagai silap haribulan memang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri lah jawapnya.

Aku tak salahkan orang yang memaki aku tu. Aku salahkan diri sendiri. Sebab diusia begini, aku masih tak mampu nak tunaikan segala perintah Tuhan. Aku pasrah. Mungkin itu lah perkara yang buat aku nampak slack sedangkan kebaikan lain yang aku buat mesti orang lain tak nampak. Takpelah mungkin semuanya related. Kalau difikirkan balik, orang yang bertudung molek, ayu, mesti dipandang tinggi. Apa yang dia buat even salah pun orang masih pandang baik. Wallahualam.

07 September 2014

:(

Sedih. Itulah hakikatnya bila ketiadaan orang yang betul-betul kita perlukan di saat kita benar-benar memerlukan. Dalam keadaan aku buntu, kusut, stress, tertekan, orang yang aku harapkan tiada di sisi. Bukan sekali dua aku rasa perkara ni. Tapi banyak kali.

Orang kata, kalau kita nak tengok dia tu layak tak jadi sahabat sejati/pasangan sehidup semati, tengok tindakan dia apabila kita menghadapi susah. Adakah dia berada di sisi kita atau sebaliknya.

Perempuan memang diciptakan Tuhan 1001 emosi. Marah, happy, sedih, menangis dan macam-macam emosi boleh berubah dalam sekelip mata pada seorang perempuan. Tapi orang yang betul-betul perempuan perlukan untuk menenangkan dia semasa sedih ialah orang yang paling dia rapat dan orang yang paling dia sayang.

Tapi kalau orang yang dia sayang atau orang yang betul-betul dia perlukan pada masa itu tiada di sisi macam mana ye? Aku perempuan biasa, bagi aku tiada keistimewaan pun. Tapi aku juga ada perasaan. Perasaan di mana aku perlukan kau untuk berada di sisi aku bila aku dalam keresahan, tak menentu.

Aku sentiasa ada untuk kau walau kita jarang bersua muka. Kau susah hati, aku ada. Kau suka hati, aku ada. Tapi kau?

Aku cuma perlukan seseorang untuk aku bercerita, untuk aku meluahkan segala rasa. Tapi siapa orang tu aku pun tak tau. Kawan-kawan lain semua sibuk dengan hal masing-masing dan orang yang aku harapkan ialah kau.

Aku selalu berusaha untuk fahami kau. Tapi tolong fahami aku juga. Sebab aku bukan lahir dalam dunia ni untuk faham kau seorang. 


30 August 2014

Nak Jadi Lecturer? Seriously?

Hahaha baca tajuk macam, WEYHHH SERIOUSLYYYY???

Kita hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan. Dari dulu lagi aku tau jadi seorang pendidik (cikgu, pensyarah) adalah satu pekerjaan yang mulia selain daripada nurse. Aku memang dah ada 'darah cikgu' dalam badan since mak aku, makcik aku, cousin aku, dan kebanyakan saudara mara aku adalah seorang pendidik.

Sejak dari kecik lagi aku refuse untuk ikut jejak langkah mak aku. Jadi cikgu? Come on. Tak pernah terlintas dalam kepala otak aku nak mengajar orang. Aku dah lah panas baran, tak suka cakap benda yang sama banyak kali, tak reti mengajar orang, tiba-tiba suruh jadi cikgu? Kirim salam.

Even mak aku banyak kali pujuk sambil cucuk aku, "Jadi cikgu senang, sekolah cuti cikgu pun cuti. Kerja half day. Gaji besar. Tak payah tension-tension. Kalau taknak jadi cikgu, jadi lecturer. Gaji pun tinggi." Amboi, senang betul Puan Ros Yatimah cakap. Dia kaunselor sekolah merangkap kaunselor anaknya sendiri. LUL

Masa zaman sekolah rendah dulu cita-cita aku kononnya nak bagus je. Nak jadi ENGINEER. Padahal masa tu tak tau engineer tu apa. Tengok kamus, engineer tu jurutera. Masih tak faham. Tapi nak jugak jadi engineer sebab abah cakap gaji besar. So bila budak sekolah rendah dengar pasal gaji besar OK KITA SET ENGINEER JADI CITA-CITA KITA YEAYY!

So cita-cita nak jadi engineer tu aku bawak sampai ke sekolah menengah, sampai aku masuk Sekolah Teknik Kuala selangor untuk jurusan civil engineering. Haaa nak jadi engineer sangat kan? Hamek ko! Hamek ko!

Menyesal. 100% menyesal sebab belajar main-main. Masa prep boleh bantai tidur, dalam kelas bantai tidur, weh serius lah aku memang kuat tidur tau masa duduk asrama dulu. Maybe sebab tak cukup rehat sebab kena basuh baju sendiri haha takde kaitan.

Masa tu lah aku sedar, yang cita-cita aku selama ni hanya pada nama, bukan pada keinginan. Result SPM aku tak lepas pun nak apply engineering dekat mana-mana IPTA. Kalau nak apply poli, IPTS lepas lah. So masa apply UPU aku buang jejauh nak jadi engineer tu aku tukar bidang pulak. BUSINESS.

Tup tup dapat. Tak sangka IPTA bagi peluang untuk orang picisan macam aku ni belajar dekat universiti. Habis diploma habis degree total 5 tahun lebih juga aku dalam bidang business. Cuma bezanya aku graduated Diploma in Business Study (Transport) & BBA (Hons) Insurance. 2 kos berbeza tapi dalam bidang yang sama iaitu, perniagaan.

Kenapa aku rasa aku dah lari tajuk?

Okaylah kita berbalik pada tajuk asal kita. Sejak kebelakangan ni aku asyik termenung fikir, apa cita-cita aku sebenarnya? Aku dah hampir 6 tahun dalam bidang business, dah buang jauh-jauh engineering aku tu. Sekarang apa yang tinggal? Takkan aku tak ada cita-cita langsung? Bila cakap pasal insurance, bukan aku tak minat. Cuma, tak ada kerja insurance dalam government. Semuanya swasta. 

Aku pernah intern dekat sebuah company ni. Budaya diorang, lifestyle diorang, buat aku takut. Bukan takut culture shock woi, tapi takut terabaikan family. Pergi kerja sebelum matahari naik, balik kerja matahari dah tak ada. Bukan nak kata orang kerja insurance ni teruk. Depends pada company jugak. Jangan terkejut even company tu gah di mata Malaysia, tapi sistem diorang semuanya manual tau. Terpaksa lah kerah tenaga pekerja even executive pun buat kerja kuli.

Aku pernah try SPA. Tapi kau faham sendiri lah budak insurance apply SPA, jawatan apa je yang dia boleh apply? Aku tengok position dia sumpah pening. Last-last aku pilih pegawai pendaftaran. Itu pun aku main sebat je tak faham apa. Tapi aku tak ada lah berharap sangat. Cuma cuba-cuba nasib je. (sedih jugak sampai sekarang tak ada call panggil interview LOL nangis bawah shower)

Senang cerita perasaan tiba-tiba nak jadi lecturer tu selepas aku face-to-face dengan lecturer aku masa nak mintak dia completekan 'referee report' untuk jadi referee aku (MBA). Aku buat dialog aku dengan dia,

Madam A: So after you habis master you nak kerja apa?

Me: Kalau boleh saya nak apply gov madam. Senang. Tapi tengok keadaan.

Madam A: Why not you apply lecturer? 3-5 tahun akan datang ramai lecturer nak bersara tau. Takut nanti kekurangan lecturer. Lagi-lagi lecturer Insurance.

Me: Errr...

Macam tak masuk akal kan disebabkan 4 dialog tu je aku terus nak jadi lecturer. HAHAHA TAPI ITULAH KEBENARANNYA! MADAM A TELAH MEMBUKA HATIKU! *tabur bunga mawar depan rumah Madam A*

Ini bukan terpaksa. Tapi hati aku ikhlas nak tolong bumiputera. Aku harap doa aku dan sesiapa yang sentiasa di samping aku termakbul. Kalau aku dapat offer master, dapat lah aku jadi lecturer. Kalau tak dapat offer, maknanya aku kena cuba sampai dapat lah.

Lagipun, apa yang aku buat semua ni untuk mak aku. Dari dulu lagi dia nak aku jadi lecturer. Baik lah ibu..

Cuma aku mintak Dia berikan yang terbaik untuk aku. Aku dah plan sehabis baik dan Dia sahaja yang akan menentukan.

Sekian :)



29 August 2014

Invitation To An Interview for MBA Programme

Helo helo helo? Ada story baru aku nak share dekat korang ni. 22 Ogos yang lepas aku dapat 1 email. Aku telah dipanggil untuk menghadiri temuduga MBA. Bukan senang-senang kita nak apply master. Banyak step dia (Aku almost give up sebab leceh habis). Tak, sebenarnya benda tu tak leceh tapi 'pengurusan ehem ehem' yang leceh. Nak kena call sini, pergi sana pergi sini, kena bebel sana kena marah sini. (Kalau kau student UiTM kau boleh paham sendiri :3)

First step haritu aku apply through online. Beli no pin dekat BSN harga RM50 lepas tu apply lah online. Masa beli no pin tu kena bagitau detail kau nak beli no pin untuk kos kerja kursus atau penyelidikan. Haritu aku stuck dekat BSN almost dua jam sebab depa tak paham aku cakap aku nak beli no pin master coursework :(. Mana lah aku tau kena cakap kerja kursus. BARU FIRST TIME BELI NO PIN PAHAM TAK SEKARANG? Hahaha. Lepas dah daftar online tu aku kena hantar hardcopy sepertimana yang IPSIS UiTM mintak termasuk lah essay 700 perkataan (cousework sahaja).

Alah essay tu bukan suruh kita cerita pasal ekonomi negara pun. Tell about yourself jew! Even tell me about yourself pun gegel nak cerita sebab takut tersebijik macam resume pulak! Hahaha. Okay stop it.

Selepas beberapa hari, dapat email untuk interview. Tak semua kos kena ada interview. Disebabkan aku apply MBA BM700, aku kena pergi interview. Cerita dia sekarang ni, aku terlalu nervous pasal interview habis semua current issues aku baca. Pasal GST, pasal isu MH370, MH17, pasal sukan, pasal MB Selangor, macam-macam lah aku baca mana tau tetiba kena tanya ke takdelah aku jadi orang pertama yang pitam dekat situ.

27 Ogos kebetulan hari jadi abah, aku pergi interview tu. Dekat AAGBS UiTM Shah Alam, pukul 8.30 pagi. Masa tu aku doa banyak-banyak minta dipermudahkan. Kalau interview aku tu berjaya, itulah hadiah paling berharga untuk abah.

8.30 pagi aku sampai depan office AAGBS. Tengok applicants dah Q untuk register. Masing-masing segak dan cantik berpakaian, sambil pegang fail masing-masing. Ada yang bawak fail nipis, ada yang bawak fail tebal (dalam hati cakap ni mesti banyak sijil ni)

Lepas aku dah register, kakak staff bagitau "Ok awak ambil test dekat bilik 304, awak punya interview dekat bilik 306." Tak sangka pulak kena hadap test dulu. Ya Allah bayangkan lah kita dah lama tak bukak buku lepas tu kena jawap test nskdfnsbfuewibrcfy otak berkecai.

Kiteorang diberi masa 30 minit untuk jawap test. Test ada 2 articles tapi jawap satu. Pilih satu article then bagi opinion pasal article yang kita baca tu. Oh my aku masa tu terpaku sekejap. Article 2 pages panjang berjelar kena baca then buat essay. Tajuk aku buat masa tu ''Labour of Love". 30 minit settle tapi redha kalau examiner menangis baca. HAHAHA

Settle jawap essay, tunggu turn untuk interview pulak. Turn aku nombor 7 (kebetulan nombor fav aku) dan dapat panel dua-dua perempuan. Memasing ada Dr. depan nama. Alhamdulillah my interview that time went well. Panel tak tanya soalan susah pun. Tapi kita as an interviewee mestilah debor macam nak tercabut jantung lepas tu kena jawap in English lantak lah grammar bersepah ke apa janji konfiden.

Soalan yang aku dapat masa interview:

1) Tell me about yourself.  
2) Why do you want to further MBA?
3) You said that you wanna be a lecturer, but why you didn't apply for TPM?
4) Financial support. PTPTN or your own or other scholarship?

Nak dijadikan cerita, sepanjang interview tu seolah-olah macam bersembang biasa. Panels pun best banyak share info. So lama-lama perasaan gugup tu hilang tapi risau sangat kalau dia reject. Eheh

Result akan keluar melalui SMS Blast 5 Sept-7 Sept ni. Hopefully sangat dapat offer sebab aku betul-betul beriya nak sambung belajar ni. Semoga segalanya dipermudahkan and harap sangat permohonan aku berjaya. Aminnnn