29 August 2014

Invitation To An Interview for MBA Programme

Helo helo helo? Ada story baru aku nak share dekat korang ni. 22 Ogos yang lepas aku dapat 1 email. Aku telah dipanggil untuk menghadiri temuduga MBA. Bukan senang-senang kita nak apply master. Banyak step dia (Aku almost give up sebab leceh habis). Tak, sebenarnya benda tu tak leceh tapi 'pengurusan ehem ehem' yang leceh. Nak kena call sini, pergi sana pergi sini, kena bebel sana kena marah sini. (Kalau kau student UiTM kau boleh paham sendiri :3)

First step haritu aku apply through online. Beli no pin dekat BSN harga RM50 lepas tu apply lah online. Masa beli no pin tu kena bagitau detail kau nak beli no pin untuk kos kerja kursus atau penyelidikan. Haritu aku stuck dekat BSN almost dua jam sebab depa tak paham aku cakap aku nak beli no pin master coursework :(. Mana lah aku tau kena cakap kerja kursus. BARU FIRST TIME BELI NO PIN PAHAM TAK SEKARANG? Hahaha. Lepas dah daftar online tu aku kena hantar hardcopy sepertimana yang IPSIS UiTM mintak termasuk lah essay 700 perkataan (cousework sahaja).

Alah essay tu bukan suruh kita cerita pasal ekonomi negara pun. Tell about yourself jew! Even tell me about yourself pun gegel nak cerita sebab takut tersebijik macam resume pulak! Hahaha. Okay stop it.

Selepas beberapa hari, dapat email untuk interview. Tak semua kos kena ada interview. Disebabkan aku apply MBA BM700, aku kena pergi interview. Cerita dia sekarang ni, aku terlalu nervous pasal interview habis semua current issues aku baca. Pasal GST, pasal isu MH370, MH17, pasal sukan, pasal MB Selangor, macam-macam lah aku baca mana tau tetiba kena tanya ke takdelah aku jadi orang pertama yang pitam dekat situ.

27 Ogos kebetulan hari jadi abah, aku pergi interview tu. Dekat AAGBS UiTM Shah Alam, pukul 8.30 pagi. Masa tu aku doa banyak-banyak minta dipermudahkan. Kalau interview aku tu berjaya, itulah hadiah paling berharga untuk abah.

8.30 pagi aku sampai depan office AAGBS. Tengok applicants dah Q untuk register. Masing-masing segak dan cantik berpakaian, sambil pegang fail masing-masing. Ada yang bawak fail nipis, ada yang bawak fail tebal (dalam hati cakap ni mesti banyak sijil ni)

Lepas aku dah register, kakak staff bagitau "Ok awak ambil test dekat bilik 304, awak punya interview dekat bilik 306." Tak sangka pulak kena hadap test dulu. Ya Allah bayangkan lah kita dah lama tak bukak buku lepas tu kena jawap test nskdfnsbfuewibrcfy otak berkecai.

Kiteorang diberi masa 30 minit untuk jawap test. Test ada 2 articles tapi jawap satu. Pilih satu article then bagi opinion pasal article yang kita baca tu. Oh my aku masa tu terpaku sekejap. Article 2 pages panjang berjelar kena baca then buat essay. Tajuk aku buat masa tu ''Labour of Love". 30 minit settle tapi redha kalau examiner menangis baca. HAHAHA

Settle jawap essay, tunggu turn untuk interview pulak. Turn aku nombor 7 (kebetulan nombor fav aku) dan dapat panel dua-dua perempuan. Memasing ada Dr. depan nama. Alhamdulillah my interview that time went well. Panel tak tanya soalan susah pun. Tapi kita as an interviewee mestilah debor macam nak tercabut jantung lepas tu kena jawap in English lantak lah grammar bersepah ke apa janji konfiden.

Soalan yang aku dapat masa interview:

1) Tell me about yourself.  
2) Why do you want to further MBA?
3) You said that you wanna be a lecturer, but why you didn't apply for TPM?
4) Financial support. PTPTN or your own or other scholarship?

Nak dijadikan cerita, sepanjang interview tu seolah-olah macam bersembang biasa. Panels pun best banyak share info. So lama-lama perasaan gugup tu hilang tapi risau sangat kalau dia reject. Eheh

Result akan keluar melalui SMS Blast 5 Sept-7 Sept ni. Hopefully sangat dapat offer sebab aku betul-betul beriya nak sambung belajar ni. Semoga segalanya dipermudahkan and harap sangat permohonan aku berjaya. Aminnnn

No comments: