18 August 2014

Study VS Kerjaya. Mana satu korang pilih?

Masing-masing lepas grad kusut fikir pasal kerja, pasal nak cari duit untuk sara hidup sendiri (sebab malu mintak mak ayah duit shopping sebab selalu demand nak pakai barang mahal jeww) and tak menyabau nak jadi antara golongan cepat dapat kerja so that kawan-kawan puji "Kau pointer tinggi senang lah dapat kerja (walhal exam tiru buku sebab tu pointer tinggi)". 

Rezeki masing-masing. Masing-masing ada target sendiri, masing-masing ada impian sendiri. Kalau rasa nak penuhkan ilmu di dada, sambung belajar. Kalau rasa betul-betul komited nak bangun pagi balik petang setiap hari, itu pun kalau tetiba kena suruh kerja Sabtu, and you are willing to do, haa apply lah kerja.

Bukan senang kita nak seimbangkan perasaan (eh ada ayat tu?) bila kawan dah kerja, dah beli kereta tapi kita masih terkial-kial pergi kuliah, mengadap exam, dapat baucer buku (eh?)

Antara study dengan kerjaya;

1) Ada sesetengah orang berpendapat bahawa, kalau kita habis degree, baik terus kerja. Cari pengalaman sampai lebam. Lepasan degree yang sambung master susah dapat kerja. Why? Because they have master but no experience in working. So, company selalunya lebih prefer budak lepasan diploma/ijazah yang ada pengalaman kerja berbanding budak master yang tak ada pengalaman kerja. Tapi tengok pada rezeki. Ada jugak company yang tengok pada kelulusan berbanding pengalaman kerja. 

2) Ada orang pulak bagitau, lepas habis degree baik terus sambung master. Sebab nanti bila dah kerja, dah pegang duit sendiri, dah seronok dengan life 'orang bekerjaya', kirim salam. Kita memang takkan rajin nak apply sambung belajar, nak mengadap buku, nak pergi kuliah, nak jawap exam. Trust me. Tapi at the end of the day, dah tua baru rasa menyesal. "Haihh kenapa lah aku tak sambung belajar dulu". Selagi umur masih muda, otak masih fresh nak terima ilmu, sambung lah sampai ke peringkat tertinggi. Kita tak rugi apa pun, yang untung kita. Sebab ilmu kita lebih banyak dari orang lain.

3) Kalau lepas degree terus sambung master, duit boleh pakai PAMA lagi (those yang masih mampu) sebab kos belajar master bukan murah okay? UITM Coursework yuran dalam RM1700++, Research pulak dalam RM800++ bergantung pada kos. Kalau apply IPT lain? Haaa sesak nafas jugak PAMA kita. Now kerajaan dah bagi macam-macam bantuan. Ada PTPTN (Kan Adoooo?), ada MyBrain, ada biasiswa lain.

4) Kalau kerja dulu baru sambung belajar, jangan haraplah nak suruh mak ayah support. Ewwahh hang dah kerja, dah ada duit tapi bab nak sambung belajar buat-buat poket nipis pulak ye? Duit gaji kau bulan-bulan tu lah yang kau kena berjimat kalau sambung belajar. Duit tu lah yang guna nak bagi mak ayah duit belanja, makan minum kau, bayar shisha lepak mamak, bayar yuran pengajian, bayar buku. *pengsan*

Zaman sekarang orang pandai-pandai. Masing-masing berebut nak cari ilmu. Nak cari kerja bukan mudah. Kadang-kadang kau terpaksa terbang jauh dari bidang yang kau ambil masa belajar dekat IPT. Mana tak nya, lulusan bisnes, tapi tetiba kerja pembantu doktor klinik. Tak ke menyimpang tu?

Jangan risau. Sekurang-kurangnya kau cari sesuatu yang halal. Biarlah kerja bahagian bukan bidang kau untuk sementara. Lepas kau rasa kau dah cukup knowledge, dah cukup pengalaman, boleh terus cari kerja yang lebih sesuai dengan bidang. Masa tu nak demand gaji tinggi sikit pun takpe sebab kau dah ada kelulusan dalam masa yang sama dah ada pengalaman kerja.

So, apa kata survey?


No comments: